UPAH HAJI

Tunaikan impian bagi mereka yang tidak berkesempatan.
Upah Haji ialah mengupah seorang yang telah pun menunaikan fardhu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurnanya untuk melakukan fardhu haji bagi orang lain pula.

Orang lain itu maksudnya samada telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji atau orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji tetapi tidak mampu mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran (sakit) yang tiada harapan untuk sembuh atau terlalu tua umurnya dan tidak mampu dari segi kesihatan untuk pergi sendiri menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Ustaz Mustaqim Musa

Pengarah, Madini Travel & Tours Sdn Bhd

HUKUM

Apakah hukumnya dalam Islam mengerjakan badal haji untuk orang yang sihat dan berkemanpuan dari segi fizikalnya lalu meninggal dunia?

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:

– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

Sumber : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1313-al-kafi-433-hukum-badal-haji

DIPERCAYAI & DIYAKINI

Dengan pengalaman lebih 5 tahun, kami menjalankan perkhidmatan ini dengan bersungguh agar ibadah ini sempurna dilaksanakan di Tanah Suci.

Mari Mendaftar sekarang!

Klik Nak Tanya