Sejarah Mekah & Telaga Zam-Zam

April 12, 2018
  |  

Mekah ataupun nama penuhnya Mekah al-Mukarramah yang terletak lebih kurang 73 kilometer daripada timur Jeddah. Mekah merupakan tempat dimana sejarah lahirnya Nabi Ismail & Nabi Muhammad dan juga tempat dimana baginda menerima wahyu daripada Allah swt.

Kota suci bagi seluruh umat Islam ini juga terletak di Tanah Haram iaiuti Masjidil Haram yang mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat untuk seluruh umat Islam.

Sebanyak 5 kali sehari dan lebih kurang 1.5 bilion umat Islam dari seluruh dunia pasti akan menghadap kiblat (Kaabah) di Kota Makkah untuk menunaikan solat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim perlu mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah mengikut kemampuan diri.

Sejarah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s menerima perintah Allah swt untuk meninggalkan anaknya Ismail a.s, dan isterinya Siti Hajar di sebuah padang pasir yang kering kontang untuk baginda mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah padang pasir beliau kembali ke tempat asalnya.

Kisah Telaga Zamzam juga bermula apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Ismail a.s  yang ketika itu masih lagi bayi mula menangis mahukan susu. Siti Hajar yang mula risau dan gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Bukit Qubais hingga ke Bukit Marwa.

Dalam keadaan kelam kabut itu Ismail a.s yang sedang kuat menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan kuasa Allah s.w.t, maka air keluar daripada tanah yang dihentak Ismail a.s  tadi. Selepas daripada kejadian itu sebuah telaga telah dibina dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa itu maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya iaitu Ismail a.s.

Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepungan air'. Ketika itu, Mekah belum ada penduduk. Datuk Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abdul Muttalib telah diberi amanah oleh Allah swt. Amanah tersebut adalah  untuk  mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra-Islam.

Perkataan "zamzam" berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" yang bermakna "berhenti mengalir". Itu adalah apa yang diluahkan Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang terus keluar.

umrahistimewa.com

December 24, 2021
5 Persepsi Tentang Haji dan Umrah Yang Perlu Diperbetulkan

Terdapat beberapa persepsi dan pandangan yang berlegar di fikiran masyarakat mengenai ibadah haji dan umrah yang perlu diperbetulkan. Pandangan-pandangan ini menyebabkan orang enggan atau menunda untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Justeru itu, haruslah dikerjakan dengan secepat mungkin perkara yang baik apabila ada kesanggupan dan tidak menundanya dengan lebih lama. BELUM ADA PANGGILAN UNTUK HAJI […]

Read More
February 7, 2019
7 Persiapan Diri Sebelum Menunaikan Umrah

Banyak yang perlu disediakan dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah. Para jemaah umrah di ingatkan bahawa segala dokumen dokumen penting perlu di bawa bagi memudahkan urusan proses menunaikan ibadah umrah. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah: HADIRI KURSUS UMRAH Perkara paling utama ialah menghadiri kursus yang telah disediakan seawal 3 minggu sebelum tarikh penerbangan. Malangnya ramai […]

Read More
April 12, 2018
Kisah Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim A.S

Kisah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim A.S bermula setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu ayahnya membangunkan Kaabah. Maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu. Disitu lah tinggalnya bekas tapak kaki baginda.. Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan […]

Read More
MADINI TRAVEL & TOURS SDN BHD 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Hak cipta terpelihara. Madini Travel & Tours Sdn Bhd.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram