Keistimewaan & Kelebihan Malam Lailatulqadar

April 12, 2018
  |  

1. Turunnya Al-Quran. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar).” [QS Al Qadar: 1]

“Sungguh Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkati. Dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.“ [QS Ad-Dukhan :3]

2. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 Tahun) “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan“ [Al-Qadar:3]

3. Turunnya Malaikat pada malam LailatulQadar ”Pada malam itu turun malaikat2 & malaikat Jibril dengan izin Tuhannya..” [Al-Qadar:4]

4. Malam yang penuh dengan Keberkatan ”Malam itu penuh kesejahteraan (keberkatan) hingga terbit fajar.” [Al-Qadar:5]

Ibn Qatadah berkata: Amalan di malam LailatulQadar lebih baik daripada 1000 bulan yang tiada LailatulQadar. (Iaitu amal ibadah solat & puasa)

Abu Hurairah RA berkata : Malaikat akn turun pada malam itu dengan jumlah tak terhingga. Para Malaikat turun membawa keberkatan hingga waktu fajar

5. Diampunkan dosa orang yang menghidupkan malam LailatulQadar.

“Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar dengan keimanan & mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” Hadis Riwayat Al-Bukhari dari Abu Hurairah.

Bilakah waktu malam LailatulQadar ini terjadi ??

Sabda Rasulullah SAW " تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ " "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Sabda Rasulullah Saw " تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ " “Carilah lailatul qadar di malam GANJIL dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Hadis Riwayat Bukhari.

Persoalan?

Jadi, yang mana satu? Malam ganjil atau seluruh malam 10 akhir? Imam Ibnu Hajar Asqalani menyebutkan ada 40 pendapat dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat ialah malam kemuliaan itu berlaku di malam Ganjil 10 akhir Ramadhan. Tapi perlu ingat, malam kita berbeza-beza. Ada yang masih siang tapi malaysia dah malam dan lain lain jadi berbeza-beza malam ganjil tu. Jadi ulama sarankan untuk kita beribadah sepanjang malam 10 akhir. Berdoalah agar kita dapat bangun ibadah 10 malam akhir. Dapat pahala ibadah umpama 1000 bulan. Alangkah beruntung dan bahagia.

Doa Malam Lailatulqadar

Image result for doa malam lailatulqadar

source: https://www.pinterest.com/pin/347692033705247782/?lp=true

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

  1. Udara dan angin sekitar terasa tenang, matahari terbit kemerahan tak begitu bersinar. “Malam itu adalah malam yang penuh kebaikan, tak begitu panas, tak begitu dingin, matahari bersinar tak begitu cerah dan nampak kemerahan.” Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
  2. Ketenangan & Kelazatan dalam beribadah kerana malam itu dinaungi oleh Para Malaikat.
  3. Hamba2 Allah yang terpilih dapat melihat tanda-tanda LailatulQadar sepertimana yang berlaku pada Sahabat Nabi dan juga orang-orang Soleh.

umrahistimewa.com

December 24, 2021
5 Persepsi Tentang Haji dan Umrah Yang Perlu Diperbetulkan

Terdapat beberapa persepsi dan pandangan yang berlegar di fikiran masyarakat mengenai ibadah haji dan umrah yang perlu diperbetulkan. Pandangan-pandangan ini menyebabkan orang enggan atau menunda untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Justeru itu, haruslah dikerjakan dengan secepat mungkin perkara yang baik apabila ada kesanggupan dan tidak menundanya dengan lebih lama. BELUM ADA PANGGILAN UNTUK HAJI […]

Read More
February 7, 2019
7 Persiapan Diri Sebelum Menunaikan Umrah

Banyak yang perlu disediakan dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah. Para jemaah umrah di ingatkan bahawa segala dokumen dokumen penting perlu di bawa bagi memudahkan urusan proses menunaikan ibadah umrah. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah: HADIRI KURSUS UMRAH Perkara paling utama ialah menghadiri kursus yang telah disediakan seawal 3 minggu sebelum tarikh penerbangan. Malangnya ramai […]

Read More
April 12, 2018
Kisah Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim A.S

Kisah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim A.S bermula setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu ayahnya membangunkan Kaabah. Maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu. Disitu lah tinggalnya bekas tapak kaki baginda.. Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan […]

Read More
MADINI TRAVEL & TOURS SDN BHD 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Hak cipta terpelihara. Madini Travel & Tours Sdn Bhd.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram