Kisah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim A.S bermula setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu ayahnya membangunkan Kaabah. Maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu. Disitu lah tinggalnya bekas tapak kaki baginda..
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya. Tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
Baginda dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Baginda kemudiannya menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud. "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata. Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).
PEMBINAAN BERMULA
Apabila binaan sudah meninggi. Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu. Maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Selepas agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).
Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
SETELAH PEMBINAAN
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji. Nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah. Di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.
Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Kita sebagai umat Islam hendaklah menunaikan haji apabila mampu untuk melakukannya. Ini kerana Haji adalah satu daripada rukun Islam. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.
NASIHAT & RENUNGAN
Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu. Maka sia-sia saja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat.
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja- kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
umrah istimewa.com
Mengikut sejarah, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Mengikut sejarah Masjid Nabawi, di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Mengikut sejarah juga, masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri. Bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa. Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar. Sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl). Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama. Ia kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw. Ia adalah untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu. Sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya".
Sejarah Struktur Masjid Nabawi
Sejarah Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat. Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu. Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara. Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.
Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi, boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah. Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.
Sejarah Menara masjid
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, sejarah Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.
umrahistimewa.com
Pada Kaabah kita melihat adanya Kiswah iaitu kain/selimut hitam penutup Kaabah. Tujuan pemasangan kain itu adalah untuk menjaga dinding Ka’bah dari kotoran, debu, serta panas yang menyebabkannya rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan Kaabah.
Kain penutup Kaabah atau kiswah akan digantikan pada setiap musim haji, tanggal 9 Dzulhijjah. Menurut sejarah, Kaabah sudah diberi penutup sejak zaman Nabi Ismail AS, anak lelaki Nabi Ibrahim AS. Namun tidak ada catatan jelas yang mengisahkan tentangnya pada zaman Nabi Ismail terbuat dari apa dan berwarna apa.
Pada masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman. Tersebutnya kain yang melindungi Kaabah dipercayai dibuat daripada kain tenunan. Kebijaksanaan Raja Himyar memasang kain penutup Kaabah menjadi tradisi Arab berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para keturunannya.
Nabi Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatannya dari kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi Muhammad SAW yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan kain itu dari kain benang kapas.
Sementara itu, pada era khalifah Abbassiyah, Khalifah ke-4 al-Mahdi memerintahkan supaya kain itu dibuat dari kain sutera Khuz. Pada masa pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman. Pada era keagungan Islam, tanggungjawab pembuatan kiswah dipikul oleh setiap khalifah yang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi.
PROSES PENGHANTARAN
Dahulunya, kiswah yang dibuat dari sutera hitam didatangkan dari Mesir yang dibiayai Kerajaan Mesir. Tradisi pengiriman dari Mesir ini dimulakan pada zaman Sultan Sulaiman yang memerintah Mesir sekitar tahun 950 Hijrah sehingga pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an. Setiap tahun, kain indah yang dibuat di Mesir itu diantar ke Makkah melalui jalan darat
Dari Mesir, setelah upacara serah terima, kain itu dikawal tentara Mesir berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke pelabuhan Jeddah. Setibanya di Hijaz, kain tersebut diarak dengan upacara sangat meriah menuju ke Mekkah.
Pengiriman kain itu dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan Dzulhijjah. Perkara itu berlaku setelah meletusnya Perang Dunia Pertama. Melihat situasi kurang baik pada masa itu. Raja Ibnu Saud (penguasa Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah sendiri pada tanggal 10 Dzulhijjah. Kiswah lama harus diganti dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berhasil dengan penubuhan perusahaan tenunan yang terdapat di Kampung Jiyad, Makkah.
Setelah Perang Dunia Pertama berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat pelbagai keadaan pada ketika itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi dibawah Raja Abdul Aziz Bin Saud memutuskan untuk membuat fabrik sendiri pada 1931 di Makkah. Akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.
Struktur & Pembuatan Kain Kiswah
Kain itu memiliki keunikan dan keunggulan tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu merangkai goresan kalam Ilahi. Ia menjadi sangat berharga, bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal diatasnya. Ia juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak pada permukaannya.
Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kain tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Ia dibuat dari kain sutera. Untuk membuat sebuah kiswah memerlukan 670 kg kain sutera atau sekitar 600 meter persegi kain sutera yang terdiri dari 47 potong kain. Masing-masing potongan tersebut berukuran panjang 14 meter dan lebar 95 cm. Ia juga dihasilkan di sebuah kilang yang terletak di pinggir kota Makkah, Arab Saudi. Dalam kilang tersebut, pembuatannya dilakukan secara moden dengan menggunakan mesin tenun moden.
Salah satu kalimah yang tertera pada pintalan emas penutup Kaabah itu adalah kalimah syahadat, Allah Jalla Jalallah, La Ilaha Illallah, dan Muhammad Rasulullah. Surah Ali Imran: 96, Al-Baqarah :144, surah Al-fatihah, surah Al-Ikhlash terpintal indah dalam benang emas itu.
Kaligrafi yang digunakan untuk menghias penutup Kaabah itu terdiri dari ayat-ayat yang berhubungan dengan haji dan Kaabah juga nama-nama Allah yang dimuliakan. Hiasan kaligrafi yang terbuat dari emas dan perak tampak berkilau indah saat terkena cahaya matahari.
Kiswah hanya di gunakan selama setahun. Kiswah lama biasanya akan dipotong kepada beberapa bahagian dan diagihkan kepada orang kenamaan ataupun pertubuhan Islam.
Muhammad Nur Aiman umrahistimewa.com
Mekah ataupun nama penuhnya Mekah al-Mukarramah yang terletak lebih kurang 73 kilometer daripada timur Jeddah. Mekah merupakan tempat dimana sejarah lahirnya Nabi Ismail & Nabi Muhammad dan juga tempat dimana baginda menerima wahyu daripada Allah swt.
Kota suci bagi seluruh umat Islam ini juga terletak di Tanah Haram iaiuti Masjidil Haram yang mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat untuk seluruh umat Islam.
Sebanyak 5 kali sehari dan lebih kurang 1.5 bilion umat Islam dari seluruh dunia pasti akan menghadap kiblat (Kaabah) di Kota Makkah untuk menunaikan solat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim perlu mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah mengikut kemampuan diri.
Sejarah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s menerima perintah Allah swt untuk meninggalkan anaknya Ismail a.s, dan isterinya Siti Hajar di sebuah padang pasir yang kering kontang untuk baginda mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah padang pasir beliau kembali ke tempat asalnya.
Kisah Telaga Zamzam juga bermula apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Ismail a.s yang ketika itu masih lagi bayi mula menangis mahukan susu. Siti Hajar yang mula risau dan gelisah mula mencari air di antara Bukit Safa daripada Bukit Qubais hingga ke Bukit Marwa.
Dalam keadaan kelam kabut itu Ismail a.s yang sedang kuat menangis menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan kuasa Allah s.w.t, maka air keluar daripada tanah yang dihentak Ismail a.s tadi. Selepas daripada kejadian itu sebuah telaga telah dibina dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa itu maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya iaitu Ismail a.s.
Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepungan air'. Ketika itu, Mekah belum ada penduduk. Datuk Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abdul Muttalib telah diberi amanah oleh Allah swt. Amanah tersebut adalah untuk mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra-Islam.
Perkataan "zamzam" berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" yang bermakna "berhenti mengalir". Itu adalah apa yang diluahkan Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang terus keluar.
umrahistimewa.com
1. Turunnya Al-Quran. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar).” [QS Al Qadar: 1]
“Sungguh Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam yang diberkati. Dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.“ [QS Ad-Dukhan :3]
2. Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 Tahun) “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan“ [Al-Qadar:3]
3. Turunnya Malaikat pada malam LailatulQadar ”Pada malam itu turun malaikat2 & malaikat Jibril dengan izin Tuhannya..” [Al-Qadar:4]
4. Malam yang penuh dengan Keberkatan ”Malam itu penuh kesejahteraan (keberkatan) hingga terbit fajar.” [Al-Qadar:5]
Ibn Qatadah berkata: Amalan di malam LailatulQadar lebih baik daripada 1000 bulan yang tiada LailatulQadar. (Iaitu amal ibadah solat & puasa)
Abu Hurairah RA berkata : Malaikat akn turun pada malam itu dengan jumlah tak terhingga. Para Malaikat turun membawa keberkatan hingga waktu fajar
5. Diampunkan dosa orang yang menghidupkan malam LailatulQadar.
“Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar dengan keimanan & mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” Hadis Riwayat Al-Bukhari dari Abu Hurairah.
Bilakah waktu malam LailatulQadar ini terjadi ??
Sabda Rasulullah SAW " تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ " "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan." Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.
Sabda Rasulullah Saw " تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ " “Carilah lailatul qadar di malam GANJIL dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Hadis Riwayat Bukhari.
Persoalan?
Jadi, yang mana satu? Malam ganjil atau seluruh malam 10 akhir? Imam Ibnu Hajar Asqalani menyebutkan ada 40 pendapat dalam masalah ini. Namun pendapat yang paling kuat ialah malam kemuliaan itu berlaku di malam Ganjil 10 akhir Ramadhan. Tapi perlu ingat, malam kita berbeza-beza. Ada yang masih siang tapi malaysia dah malam dan lain lain jadi berbeza-beza malam ganjil tu. Jadi ulama sarankan untuk kita beribadah sepanjang malam 10 akhir. Berdoalah agar kita dapat bangun ibadah 10 malam akhir. Dapat pahala ibadah umpama 1000 bulan. Alangkah beruntung dan bahagia.
Doa Malam Lailatulqadar
source: https://www.pinterest.com/pin/347692033705247782/?lp=true
Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar
- Udara dan angin sekitar terasa tenang, matahari terbit kemerahan tak begitu bersinar. “Malam itu adalah malam yang penuh kebaikan, tak begitu panas, tak begitu dingin, matahari bersinar tak begitu cerah dan nampak kemerahan.” Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
- Ketenangan & Kelazatan dalam beribadah kerana malam itu dinaungi oleh Para Malaikat.
- Hamba2 Allah yang terpilih dapat melihat tanda-tanda LailatulQadar sepertimana yang berlaku pada Sahabat Nabi dan juga orang-orang Soleh.
umrahistimewa.com