5 Persepsi Tentang Haji dan Umrah Yang Perlu Diperbetulkan

December 24, 2021
  |  

Terdapat beberapa persepsi dan pandangan yang berlegar di fikiran masyarakat mengenai ibadah haji dan umrah yang perlu diperbetulkan. Pandangan-pandangan ini menyebabkan orang enggan atau menunda untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Justeru itu, haruslah dikerjakan dengan secepat mungkin perkara yang baik apabila ada kesanggupan dan tidak menundanya dengan lebih lama.

  1. BELUM ADA PANGGILAN UNTUK HAJI DAN UMRAH

Sesungguhnya panggilan untuk menziarahi baitullah sudah berkumandang sejak zaman nabi Ibrahim ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membangun kembali Kaabah. Allah memerintah Nabi Ibrahim untuk menyeru umat manusia untuk datang berkunjung ke baitullah.

  1. MASIH TERLALU MUDA UNTUK MELAKUKAN HAJI DAN UMRAH

Ibadah haji dan umrah merupakan ibadah yang cukup berat serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang bagus. Oleh itu, apabila ketika kita di usia muda sudah melakukan ibadah haji atau umrah, kita dapat membantu para jemaah yang sudah berumur untuk melaksanakan ibadah mereka di tanah suci. Dengan itu, kita akan mendapatkan pahala yang berganda atas ibadah kita sendiri dan juga atas membantu ibadah orang lain.

  1. 3. MASIH MERASA BANYAK DOSA

Ibadah haji dan umrah yang kita lakukan akan menghapuskan dosa yang kita lakukan. Sebanyak apapun dosa yang kita lakukan walaupun sebanyak buih di lautan jika kita mahu bertaubat apalagi diiringi dengan ibadah yang mulia di tanah suci maka insyaaAllah akan terhapus dosa yang kita lakukan. Bahkan walaupun kita menziarahi tanah suci tanpa sebarang perasaan maka apabila melihat kaabah dan melihat suasana yang ada di sana maka hati kita pasti ingin menangis dan menyedari dosa-dosa yang kita lakukan.

  1. HAJI DAN UMRAH YANG MABRUR BUKAN SEKADAR PELANCONGAN

Segelintir orang yang pulang daripada menunaikan haji dan umrah kebiasaannya akan memuat naik gambar kenangan mereka ketika berada di tanah suci , ada yang berdiri di depan sebuah hotel lima bintang dan juga bergambar kenangan dengan berlatar belakangkan kaabah atau masjid Nabawi. Cabaran terbesar dalam menjalankan haji dan umrah bukanlah cuaca di Arab Saudi yang panas mahupun perbezaan budaya dan bahasa tetapi niat yang ikhlas untuk melakukan ibadah haji semata-mata kerana Allah.

  1. IBADAH HAJI DAN UMRAH AKAN MENGURANGI TABUNGAN

Ramai yang merasakan bahawa perbelanjaan untuk haji dan umrah lebih baik digunakan untuk perkara yang lebih penting. Sesungguhnya apa yang kita keluarkan untuk haji dan umrah adalah termasuk sedekah yang Allah akan menggantinya dengan pahala yang berlipat ganda. Dalam Al quran Allah s.w.t berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

December 24, 2021
5 Persepsi Tentang Haji dan Umrah Yang Perlu Diperbetulkan

Terdapat beberapa persepsi dan pandangan yang berlegar di fikiran masyarakat mengenai ibadah haji dan umrah yang perlu diperbetulkan. Pandangan-pandangan ini menyebabkan orang enggan atau menunda untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah. Justeru itu, haruslah dikerjakan dengan secepat mungkin perkara yang baik apabila ada kesanggupan dan tidak menundanya dengan lebih lama. BELUM ADA PANGGILAN UNTUK HAJI […]

Read More
February 7, 2019
7 Persiapan Diri Sebelum Menunaikan Umrah

Banyak yang perlu disediakan dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah. Para jemaah umrah di ingatkan bahawa segala dokumen dokumen penting perlu di bawa bagi memudahkan urusan proses menunaikan ibadah umrah. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah: HADIRI KURSUS UMRAH Perkara paling utama ialah menghadiri kursus yang telah disediakan seawal 3 minggu sebelum tarikh penerbangan. Malangnya ramai […]

Read More
April 12, 2018
Kisah Bekas Tapak Kaki Nabi Ibrahim A.S

Kisah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim A.S bermula setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu ayahnya membangunkan Kaabah. Maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu. Disitu lah tinggalnya bekas tapak kaki baginda.. Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T meninggikan […]

Read More
MADINI TRAVEL & TOURS SDN BHD 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Hak cipta terpelihara. Madini Travel & Tours Sdn Bhd.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram